Penglibatan dalam Politik Tuan Ibrahim Tuan Man

Menyertai PAS dan bertanding pilihan raya.

Pada tahun 1999, beliau mula menyertai Pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam Pilihanraya yang sama, beliau turut gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menewaskan dengan majoriti yang besar iaitu 19,369 menewaskan calon UMNO dan PAN.